NADI Mahir Masak Intake 3 (Minggu ke-14) - Proses Sejuk Beku

15 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2026, seramai 3 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Masak pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi. Pada minggu ke-14 ini, peserta diajar tentang teknik proses sejuk beku. Tujuannya adalah untuk memahami teknik penyimpanan makanan sejuk beku yang selamat dan tahan lama.

Seterusnya, peserta mempelajari cara nyahbeku (defrost) yang betul bagi mengekalkan kualiti makanan. Selain itu, peserta juga menguasai kaedah penyediaan hidangan daripada sejuk beku. Akhir sekali, peserta belajar untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan keselamatan makanan terjamin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali